Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Friday, November 27, 2009

95,826 MOHON ASRAMA PENUH

95,826 MOHON ASRAMA PENUH
Oleh S Anand Kumar anand@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 95,826 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Satu (1) sekolah berasrama penuh (SBP) bagi 2010 untuk mengisi 6,600 tempat yang ditawarkan, kata Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Katanya, keputusan pemilihan dan penempatan pelajar terbabit akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini.

Read more...

Thursday, November 26, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PELAJAR CEMERLANG 5A UPSR 2009

Majlis ini telah diadakan pada 26 November 2009 (Khamis) pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SK Sri Suria 1. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Dato' Ir Shaari bin Hj. Hassan yang merupakan Yang diPertua PIBG sekolah. Seramai 77 orang pelajar cemerlang UPSR 2009 telah menerima sumbangan daripada Ybhg. Dato' sebagai pengiktirafan di atas kecemerlangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh mereka dalam UPSR lalu.




Read more...

Wednesday, November 25, 2009

MAKLUMAN MESYUARAT & PENDAFTARAN MURID 2010

1. MESYUARAT GURU & STAF SKSS1 TAHUN 2010

TARIKH: 27.12.2009 (AHAD)
MASA: 9.00 pagi
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SKSS1
-KEHADIRAN DIWAJIBKAN.

2. PENDAFTARAN SEMULA MURID SESI 2010 (MAKLUMAN UNTUK GURU, IBU BAPA & PENJAGA MURID)

28.12.2009 (ISNIN) - PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 & 2
29.12.2009 (SELASA) - PENDAFTARAN MURID TAHUN 3 & 4
30.12. 2009 (RABU) - PENDAFTARAN MURID TAHUN 5 & 6
31.12.2009 (kHAMIS) - PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH
MASA: 8.30 pagi
MAKLUMAN: BUKU TEKS AKAN DIAGIHKAN PADA HARI PENDAFTARAN BERKENAAN.

3. MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH 2010

TARIKH: 1-3 DISEMBER 2009
TEMPAT: CITY VILLA HOTEL, KUALA LUMPUR
BERTOLAK DENGAN BAS PADA: 1.12.2009 JAM 8.00 pagi DI SKSS1
MAKLUMAN: GURU & STAF YANG TERLIBAT AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK PENTADBIR SEKOLAH.

Read more...

PENCAPAIAN UPSR 2009 MENINGKAT

Pencapaian UPSR meningkat - Alimuddin

PUTRAJAYA 19 Nov — Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

Read more...

Tuesday, November 24, 2009

PICS PELAJAR MOHON KE SEKOLAH MENENGAH


Suasana di kantin sekolah menyaksikan pelajar-pelajar sedang menunggu giliran untuk mengesahkan salinan sijil-sijil berkaitan untuk permohonan ke MRSM, SMKA dan sebagainya.




Pelajar-pelajar sedang berurusan di pejabat sekolah untuk melengkapkan permohonan mereka.


Antara borang-borang berkaitan yang perlu diisikan oleh pelajar-pelajar untuk ke sekolah menengah dan sekolah berasrama.


Sabar itu separuh dari iman. Kenalah tunggu giliran untuk diproses.


Read more...

Friday, November 20, 2009

JEMPUTAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG (5A) UPSR 2009

Dimaklumkan kepada semua pelajar yang mencapai 5A dalam UPSR 2009 SK Sri Suria 1, pihak PIBG SKSS1 akan menganjurkan Majlis tersebut di atas pada tarikh 26 November 2009 pada jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SKSS1. Pelajar-pelajar 5A UPSR 2009 dijemput hadir bersama ibu bapa bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu juga, Majlis Kecemerlangan Pelajar anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah juga akan diadakan pada 30 November 2009 bertempat di SMK Belimbing. Pelajar-pelajar 5A UPSR 2009 juga dijemput hadir bersama ibu bapa ke majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan.

'Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan'

Read more...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH WARGA SK SRI SURIA 1 - 77 5A!

Calon UPSR 2009 bergambar kenangan bersama guru. Tahniah dan syabas.

Seramai 77 orang pelajar mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009.
Tuan Guru Besar sedang memberikan taklimat dan mengumumkan keputusan UPSR 2009 kepada calon-calon dan para ibu bapa yang hadir di majlis tersebut. Tahniah kepada semua warga SK Sri Suria 1 dalam usaha tanpa mengenal jemu untuk mencapai target UPSR 2009. Syabas kepada semua pelajar gemilang yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR seramai 77 orang. Terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru dedikasi yang tak mudah patah semangat, para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan juga kepada semua pelajar Tahun 6. Suria 1 terus gemilang dan terbilang!


Pada pagi 19 November 2009 juga telah berlangsung Majlis Graduasi PraSekolah, SK Sri Suria 1 di mana seramai 23 orang murid telah menerima sijil graduasi mereka. Pics majlis tersebut boleh dilihat dalam slide di bawah.


Read more...

Wednesday, November 18, 2009

PROGRAM 1 MALAYSIA



Program 1 Malaysia - Indahnya Bandarayaku telah diadakan pada 8-12 November 2009 lalu di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 245 orang murid dari sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menaiki keretapi beramai-ramai dari Stesen Keretapi Wakaf Bharu ke Dabong.

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2010


Kalendar Sesi Persekolahan Tahun 2010 untuk rujukan para ibu bapa dan warga sekolah. Keputusan UPSR dijangka akan diketahui pada hari Khamis, 19 November 2009. Selamat Berjaya!

Perhatian kepada semua murid Tahun 6 sesi 2009, sila lawati blog sekolah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini semasa cuti akhir tahun ini.

Read more...

Monday, November 16, 2009

PICS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR




PERHATIAN: Kepada pelajar yang mahu gambar digital anda, sila bawa thumbdrive sendiri dan serahkan kepada Cg. Z. Terima kasih.

Read more...

Sunday, November 15, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK SRI SURIA (1) 2009

TARIKH :16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN GEMILANG, SKSS 1

ATURCARA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK SRI SURIA (1) TANAH MERAH KELANTAN

8.30 pg : Ketibaan para ibu bapa dan jemputan

9.00 pg : Ketibaan dif jemputan

9.10 pg : Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh ;
YBrs. Y.M. Tuan Hj. Tengku Hamzah B. Ku Seman (GuruBesar SK Sri Suria 1)

: Ucapan Perasmian oleh;
YBrs. En. Che Abdullah B. Mohd (Pegawai PPD Tanah Merah)

10.00 pg: Persembahan Kalam Jamaie oleh Murid Tahun 4

10.15 pg: Anugerah Pelajar Cemerlang 5A UPSR 2008 Oleh Pegawai PPD Tanah Merah
: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 1 dan Mata pelajaran Terbaik
: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 2 dan Mata pelajaran Terbaik
: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 3 dan Mata pelajaran Terbaik

11.15 pg: Persembahan Prasekolah

11.30 pg: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 4 dan Mata pelajaran Terbaik
: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 5 dan Mata pelajaran Terbaik
: Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Tahun 6 dan Mata pelajaran Terbaik
: Penyampaian Hadiah Kecemerlangan KoKurikulum dan Ko-Akademik
: Anugerah Khas 2009
- Anugerah NILAM
- Anugerah KoKurikulum (L)
- Anugerah KoKurikulum (P)
- Anugerah Khas Guru Besar
- Anugerah Tokoh Murid (L)
- Anugerah Tokoh Murid (P)

1.00 ptg: Majlis Bersurai

Read more...

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR


Pada hari ini, Ahad 15 November 2009, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah bagi murid-murid yang telah mencapai keputusan 3A 2B bagi Tahun 5 dan 6. Hadiah bagi kategori ini disampaikan sendiri oleh Ybrs. Tuan GB, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman.
Sementara itu, bagi murid yang lulus semua mata pelajaran bagi Tahun 4, 5 dan 6 juga diberikan penghargaan. Hadiah bagi kategori ini disampaikan oleh Ybrs. PK Pentadbiran, Puan Hajjah Wan Saudah bt Wan Mohammod.
Manakala murid yang mencatat Kehadiran Penuh pula tahun ini juga diberikan pengiktirafan. Hadiah bagi kategori Kehadiran Penuh disampaikan oleh PK HEM, En Sahimi bin Mohamed.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi semua kategori lain akan berlangsung esok, Isnin 16 November di Dewan Gemilang, SK Sri Suria 1 dan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

MALAM NOSTALGIA TAHUN 6 2009


Antara pics di atas menunjukkan persediaan memasak hidangan untuk jamuan oleh guru-guru, persiapan dewan, majlis yang sedang berlangsung dan juga persembahan murid. Majlis ini berlangsung pada Jumaat, 13 November 2009 bermula pada jam 8.00 malam. Terima kasih kepada semua warga Sri Suria 1 yang telah bertungkus-lumus dan komited bagi memastikan kejayaan majlis ini yang pastinya akan meninggalkan kenangan yang manis buat semua murid Tahun 6 yang bakal melangkahkan kaki keluar dari sekolah ini ke sekolah menengah nanti.


PICS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SEKOLAH 2009


PICS JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU & STAFF 2009


Read more...

Thursday, November 12, 2009

UCAPAN GURU BUAT MURID TAHUN 6 2009

Ucapan dan nasihat para guru buat semua murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam persekolahan rendah di SK Sri Suria 1. Selamat meneruskan kegemilangan di sekolah menengah.

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR (RIMUP)








Pemandangan SK Tanah Merah 1 - venue Program RIMUP 3 buah sekolah iaitu SK Tanah Merah 1, SK Sri Suria 1 dan SJK (C) Yuk Cheng, Tanah Merah, Kelantan.

Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi murid Tahun 6 2010 di bawah Program RIMUP diadakan pada 11 November 2009 bertempat di SK Tanah Merah 1 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Ceramah ini melibatkan seramai 120 orang murid Tahun 5 dari 3 buah sekolah iaitu murid SK Sri Suria 1, SK Tanah Merah 1 dan SJK (C) Yuk Cheng. Seawal jam 8.00 pagi, semua murid berkumpul di dewan SK Tanah Merah 1 diikuti dengan perasmian oleh Ybrs. YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman, Pengerusi RIMUP.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi 1 oleh Ybrs. Puan Noor Hayati dari SK Kadok diikuti dengan diikuti dengan Ceramah Motivasi 2 oleh Ybrs. En Adam bin Mohd Zain, Pegawai dari Jabatan Pelajaran Kelantan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP