Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Thursday, April 28, 2011

Kem Kembara Ilmu

Kem Kembara Ilmu di D'Mawar Chalet



Kem Kembara ilmu adalah satu inisiatif kecermerlangan pendidikan SKSS1. Ia merangkumi pelbagai program motivasi, bimbingan dan latihan pengukuhan sebagai persediaan untuk pelajar menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
Program ini dikelola oleh unit HEM dan Fasa 1 untuk 6A, 6B, 6C bermula hari ini di:

D'Mawar Chalet
Taman Tasik Sri
17500 Tanah Merah
Kelantan Darul Naim
http://dmawar21.blogspot.com


Jika ada kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah.

Read more...

Wednesday, April 27, 2011

KEJOHANAN BALAPN DAN PADANG SK SRI SURIA 1

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah yang akan berlangsung sebagaimana maklumat berikut :

Tarikh : 2, 3 & 4 Mei 2011
Hari    : Isnin Selasa & Rabu
Aturcara Kejohanan :
         Isnin  :  Pertandingan acara sukaneka tahun 1 hingga 6
         Selasa : Acara Balapan dan Padang :
                        1. Lontar Peluru Akhir
                        2. Lompat Jauh Akhir
                        3. Lompat Tinggi Akhir
                        4. 80 Meter saringan 1 & 2 , Tahap 1.
                        6. 100 Meter saringan 1 & 2, Tahap 2.
                        7. 200 Meter saringan 1 & 2, Tahap 2.
         Rabu  : Hari Kejohanan Olahraga SK SRI SURIA 1:
                   Majlis Perasmian Kejohanan
                   Acara  :
                         1. 80 Meter Akhir, Tahap 1.

                        6. 100 Meter Akhir, Tahap 2.
                        7. 200 Meter Akhir, Tahap 2.
                   Upacara Penyampaian Hadiah.

# Acara dan jadual pertandingan tertakluk kepada perubahan.

Read more...

Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku

Hari ini berakhirnya Pesta Buku SKSS1 anjuran PSS dan Kedai Buku Banggol. Di harap pesta buku ini menyemarakkan dan menanam tabiat membaca di kalangan pelajar Sri Suria 1.

Tan Cheng Hoe
Unit Penerbitan dan Siaraya,
SK Sri Suria 1

Read more...

Latihan Rumah Sukan

Latihan Rumah Sukan diadakan di SKSS1 sepanjang minggu ini. Ini adalah satu inisiatif untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang bukan sahaja mementingkan perkembangan akademik, tetapi pendidikan holistik untuk membina individu yang seimbang dan mampu berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Diharap ibubapa maklum dan memastikan anak jagaan mereka mempunyai pakaian yang sesuai.

Majulah Sukan Untuk Negara!

Tan Cheng Hoe,
Unit Penerbitan dan Siaraya.

Read more...

Saturday, April 23, 2011

Minggu Anti Dadah SKSS1

Sekolah Kebangsaan Sri Suria akan mengadakan kempen anti-dadah peringkat sekolah sepanjang minggu hadapan, dari 24hb April Sehingga 28hb April. Pihak sekolah menyedari akan gejala dadah ini dan mengambil serius perkara ini sebagai ancaman kepada generasi hadapan.

Read more...

Keputusan UBB2 Tahun 6A, 6B dan 6C sudah disiarkan.

Sila lihat http://sahimiqm.blogspot.com/ untuk keputusan UBB tersebut

Read more...

Thursday, April 21, 2011

MINI KARNIVAL BANK RAKYAT BERSAMA SK SRI SURIA 1.


SK Sri Suria 1 akan menjadi tuan rumah kepada Program Mini Karnival Bank Rakyat yang akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2011.Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Motivasi UPSR untuk murid tahun 6, Akademi Bola Sepak, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Memasak. Ibu bapa dan murid-murid dalam PPD Tanah Merah yang berminat dan ingin menyertai pertandingan boleh menghubungi sekolah masing-masing.

Unit Kurikulum,
SK Sri Suria 1.

Read more...

Wednesday, April 20, 2011

PAMERAN BUKU

Perhatian kepada semua.

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Pameran Buku peringkat sekolah yang akan diadakan pada :

Hari  : Ahad hingga Selasa
Tarikh : 24 hingga 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 24 April 2011 jam 7.45 pagi.

Semua dijemput hadir.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP