Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Saturday, July 31, 2010

KEM LEDAKAN MINDA UPSR 2010

Kem Ledakan Minda bagi calon-calon UPSR 2010 SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 bertempat di Kem Lata Hujan, Ulu Kusial. Kem ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, SK Sri Suria 1. Kem diadakan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang juga turut berkampung di sana selama 3 hari 2 malam.


Antara kegiatan yang diadakan semasa kem pada hari pertama ialah ceramah dengan tajuk 'Kehidupan Masa Depan Yang Lebih Bermakna' oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah, Strategi Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman, Tazkirah, Riadah serta Qiyamulail.
Manakala pada hari kedua pula adalah Ceramah Motivasi berjudul ' Hidup Bermasyarakat dan Bernegara, serta 'Ketaatan Kepada Ibu Bapa dan Guru' yang disampaikan oleh seorang Professor daripada Universiti Utara Malaysia. Selain itu, aktiviti seterusnya ialah Strategi Menjawab Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu Penulisan serta Persembahan Malam Kebudayaan.
Strategi Menjawab Soalan Sains dan Majlis Penutup pula telah diadakan pada hari ke-tiga. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada semua calon-calon UPSR.






Read more...

Tuesday, July 20, 2010

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE PRASEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

Kepada semua ibu bapa/penjaga.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyeragamkan tarikh mengeluarkan iklan permohonan ke Prasekolah bermula 15 Julai hingga 15 Ogos 2010.

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006 dan 2.1.2006 hingga 1.1.2007 layak memohon. Borang Permohonan kelas Prasekolah boleh diperolehi di sekolah seperti berikut;

Tarikh: 15 Julai - 15 Ogos 2010
Hari:     Hari Bekerja.
Masa:  Waktu Pejabat.

Ibu bapa/Penjaga perlu membawa Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan bagi mendapatkan Borang Permohonan. Kerjasama dan keprihatinan tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Read more...

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN ACTION SONGS DAN STORY TELLING PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pertandingan Action Songs dan Story Telling Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di SK Sri Kelewek pada 18 Julai 2010 di mana setiap Pejabat Pelajaran Daerah diwakili oleh sekolah-sekolah yang menjadi Juara / Johan setiap kategori dalam pertandingan di peringkat daerah. PPD Tanah Merah diwakili oleh SK Sri Suria 1 yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Action Songs dan telah memenangi tempat ke-tiga dalam pertandingan peringkat negeri ini. Tahniah kepada semua murid dan guru yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan SK Sri Suria 1 sebagai sekolah yang cemerlang dalam acara-acara kokurikulum dan ko-akademik.







Read more...

Tuesday, July 6, 2010

PELAKSANAAN PROGRAM SERP

Program SERP (Special English Reading Programme) iaitu program galakan membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris telah menarik minat murid-murid untuk membaca buku-buku dalam Bahasa Inggeris bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan juga meluaskan lagi perbendaharaan kata yang dikuasai oleh murid-murid. Program ini selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran iaitu menggalakkan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah.

Read more...

PENGISIAN DATA EMIS PPD TANAH MERAH

Pengisian data EMIS bagi bulan Julai bagi sekolah-sekolah PPD Tanah Merah telah diadakan pada 5 Julai 2010 bertempat di Makmal Komputer SK Sri Suria 1. Semua sekolah di bawah PPD Tanah Merah diwakili oleh guru-guru data sekolah masing-masing.

Read more...

Sunday, July 4, 2010

MAJLIS PELANCARAN SEMARAK NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2010

Majlis pelancaran Semarak Nilam Peringkat Sekolah bagi tahun 2010 telah diadakan pada 4 Julai 2010 bertempat di Dataran Suria. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Sri Suria 1, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman.

Tema Program Nilam adalah 'Membaca Menjana Minda' dengan rasionalnya ke arah memupuk minat murid membaca yang berterusan di kalangan murid. program ini adalah sebagai satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan para murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.


Dalam majlis ini juga murid-murid yang mendapat anugerah juga turut diraikan. Seramai 18 orang murid mendapat Pingat Gangsa, 2 Perak, 1 Nilam dan 2 Emas. Cenderamata telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Di penghujung majlis, semua guru dan murid turut sama menyanyikan lagu tema Program Nilam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP