Showing posts with label ALBUM KENANGAN. Show all posts
Showing posts with label ALBUM KENANGAN. Show all posts
Monday, May 24, 2010
Monday, April 12, 2010
PICS KEM 3G BI DAN BM 2010
Kem 3G (Gerak Gempur Gemilang) bagi subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 9 dan 10 April 2010 yang disertai oleh semua murid Tahun 6 dan guru-guru subjek sebagai Fasilitator.
Read more...
Katalog:
AKTIVITI,
ALBUM KENANGAN,
UPSR,
ZEST
Thursday, March 25, 2010
SEKITAR PELANCARAN 'JOM KE SEKOLAH'
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan.
Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) telah mengorak langkah untuk menjayakan program ’Jom Ke Sekolah’ pada 25 Mac 2010. Sasaran utama program ini adalah kepada semua murid, guru-guru serta ibu bapa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, En. Che Abdullah b Mohd, Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah dan turut disertai oleh Yang diPertua PIBG, Dato’ Shaari bin Hj. Hassan. Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan PPD menekankan kepentingan tentang kehadiran murid ke sekolah. Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar.
Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang hadir tidak akan mendapat apa-apa maklumat. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain selain ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak ibu bapa dan semua pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah. Hj. Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, menaruh harapan yang tinggi agar para pelajar dapat meningkatkan kehadiran pada tahap 100 peratus di samping dapat mengurangkan gejala salahlaku disiplin di kalangan pelajar serta meningkatkan keperihatinan para ibu bapa dalam menangani isu kehadiran pelajar ke sekolah.
Tuan PPD sedang menarik tirai banner pelancaran Program 'Jom ke Sekolah'
Katalog:
AKTIVITI,
ALBUM KENANGAN,
PANORAMA SEKOLAH,
PROGRAM
Monday, December 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)










































