Saturday, March 6, 2010
Thursday, March 4, 2010
LAMAN WEB VIDEO UNTUK KANAK-KANAK
Monday, March 1, 2010
PERMOHONAN PENEMPATAN, PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012
Tarikh: 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010
Tempat: Pejabat Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, Tanah Merah, Kelantan.
1. Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2005-1.1.2006 (Tahun Persekolahan 2012)
2. Semakan Pendaftaran bagi kanak-kanak yang lahir 2.1.2004-1.1.2005 (Tahun Persekolahan 2011)
Ibu bapa/penjaga yang berkenaan dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan di atas dengan membawa;
a. Surat Beranak/Sijil Kelahiran Asal
b. 1 Salinan Fotostat Surat Beranak/Sijil Kelahiran
Masa berurusan dengan pihak sekolah adalah pada waktu pejabat sahaja.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Sunday, February 28, 2010
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN MURID CEMERLANG UBB1 2010
SELAMAT JALAN CIKGU ZURIANI ABDULLAH
Tuesday, February 23, 2010
UBB 1 FEBRUARI 2010
UBB 1 bermula pada 22 hingga 24 Februari 2010. Diharapkan semua murid berjaya dengan cemerlang dalam penilaian pertama bagi tahun ini. Selamat berjaya!
Monday, February 22, 2010
PEMANTAUAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010
Pada hari ini, sekolah telah dikunjungi oleh 5 orang pegawai pemantau Pusat Sumber Sekolah kerana sekolah ini telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2010.
Sunday, February 14, 2010
KURIKULUM BARU BAHASA INGGERIS DIPERKENAL MULAI 2011
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sejajar dengan usaha itu, Kementerian Pelajaran juga akan mengambil 365 guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara bagi membolehkan mereka mengajar dan mendidik guru Bahasa Inggeris sedia ada di negara ini.Thursday, February 11, 2010
REKOD PERGERAKAN PELAJAR ELAK PONTENG KELAS
PETALING JAYA: Aktiviti pelajar di sekolah lebih mudah dipantau ibu bapa dan guru apabila Kad Pintar Pelajar 1Malaysia diperkenalkan yang berciri 'semua dalam satu' iaitu sebagai rekod kehadiran, kad identiti, belian dan pinjaman buku.
Sunday, February 7, 2010
PELANCARAN PROGRAM PONTENG SIFAR
Majlis Pelancaran Program Ponteng Sifar dilangsungkan pada 7 Februari (Ahad) di Dataran Perhimpunan, SK Sri Suria 1. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan semua murid supaya sentiasa menghadiri sesi pembelajaran di sekolah tanpa gagal demi untuk meningkatkan prestasi akademik mereka dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Murid juga didedahkan dengan prosedur yang boleh diambil oleh pihak sekolah sekiranya mereka terlibat dengan ponteng sekolah tanpa sebab munasabah.
























































