Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Tuesday, April 26, 2011

Latihan Rumah Sukan

Latihan Rumah Sukan diadakan di SKSS1 sepanjang minggu ini. Ini adalah satu inisiatif untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang bukan sahaja mementingkan perkembangan akademik, tetapi pendidikan holistik untuk membina individu yang seimbang dan mampu berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Diharap ibubapa maklum dan memastikan anak jagaan mereka mempunyai pakaian yang sesuai.

Majulah Sukan Untuk Negara!

Tan Cheng Hoe,
Unit Penerbitan dan Siaraya.

Read more...

Saturday, April 23, 2011

Minggu Anti Dadah SKSS1

Sekolah Kebangsaan Sri Suria akan mengadakan kempen anti-dadah peringkat sekolah sepanjang minggu hadapan, dari 24hb April Sehingga 28hb April. Pihak sekolah menyedari akan gejala dadah ini dan mengambil serius perkara ini sebagai ancaman kepada generasi hadapan.

Read more...

Keputusan UBB2 Tahun 6A, 6B dan 6C sudah disiarkan.

Sila lihat http://sahimiqm.blogspot.com/ untuk keputusan UBB tersebut

Read more...

Thursday, April 21, 2011

MINI KARNIVAL BANK RAKYAT BERSAMA SK SRI SURIA 1.


SK Sri Suria 1 akan menjadi tuan rumah kepada Program Mini Karnival Bank Rakyat yang akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2011.Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Motivasi UPSR untuk murid tahun 6, Akademi Bola Sepak, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Memasak. Ibu bapa dan murid-murid dalam PPD Tanah Merah yang berminat dan ingin menyertai pertandingan boleh menghubungi sekolah masing-masing.

Unit Kurikulum,
SK Sri Suria 1.

Read more...

Wednesday, April 20, 2011

PAMERAN BUKU

Perhatian kepada semua.

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Pameran Buku peringkat sekolah yang akan diadakan pada :

Hari  : Ahad hingga Selasa
Tarikh : 24 hingga 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 24 April 2011 jam 7.45 pagi.

Semua dijemput hadir.

Read more...

Friday, March 11, 2011

Cuti Sekolah

Diumumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal sekolah akan bercuti bermula dari 11hb hingga 19hb Mac, 2011, dan persekolahan berlangsung seperti biasa pada Ahad, 20hb Mac 2011.

Read more...

Wednesday, March 9, 2011

Taklimat Keselamatan Jalan Raya

Taklimat keselamatan jalan raya dijalankan dengan jayanya dengan bantuan wakil dari unit trafik IPD Tanah Merah. Beliau menekankan pengenalan undang-undang baru yang membenarkan saman dikeluarkan kepada ibu bapa dan penjaga budak bawah umur yang menaiki motor sama ada dengan kebenaran ataupun tidak. Beliau juga memberikan kata motivasi kepada pelajar supaya mementingkan ilmu, khususnya Bahasa Inggeris untuk menghadapi cabaran global yang akan datang. Syabas dan terima kasih kepada beliau untuk taklimat yang telah diberikan.

Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Latihan kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan pihak bomba cawangan Tanah Merah. Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli bomba yang hadir untuk menjalankan demonstrasi dan latihan memadam api kepada para guru dan murid.

Read more...

Friday, February 25, 2011

KEPUTUSAN UBB1 21-23 FEBRUARI 2011 TAHUN 6

Guru-guru dan murid-murid boleh mengakses Keputusan UBB1 Tahun 6, 2011 melalui link di atas.

Read more...

Tuesday, January 4, 2011

JAWATANKUASA KSSR 2011

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa KSSR 2011 pada 04 Januari 2011 di Bilik Wawasan jam 1.00 tengah hari, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tengku Hamzah Bin Ku Seman telah mengesahkan pelantikan Jawatakuasa KSSR sesi 2011 sebagaimana berikut ;
         Pengerusi

: YM TN HJ TENGKU HAMZAH B KU SEMAN (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi
: SAHIMI B MOHAMAD (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi
: EN NIK AHMAD FUAD B NIK NAWI (PK HEM)
: PN HAJJAH ZAKIAH BT HJ OTHMAN (PK KO)
: (Penyelia Petang)
Setiausaha
: PN NORAZILAWATI BT BADARUDDIN (JU KSSR)
Penolong Setiausaha
: PN ALIZAN BT JALI
Ahli Jawatankuasa :
PN ANIDA BT CHE ISMAIL (SU KURIKULUM)
PN MURNENZAI BT YUSOFF (KAUNSELOR)
EN LUKMANULHAKIM B RAMLI (KAUNSELOR)
PN RUSNANI BT YUSOFF (KP BM)
PN NIK HASNI BT NIK YAAKUB (KP BI)
EN MOHD NASIR B IDRIS (KP M3)
PN CHE ESHAH BT CHE MAMAT (KP SAINS)
PN ZALINA BT TALIB (KP PAI)
PN HARISHAHIMA BT HABER (KP SVK)
PN SAHARIZAH BT AWANG (KP KT)
EN MOHD SUZANI B SHAARI (KP KH)
EN AZMAN B MOHD YUSOFF (KP PJK)
PN ZAMILAH BT ABDULLAH (KP MZ)
PN AZIZAH BT ISMAIL (KP PSV)
SEMUA GURU TAHUN 1
Jawatankuasa telah menetapkan pada hari Sabtu ini 8 Januari 2011, semua guru Tahun 1 akan diberi pendedahan tentang pelaksaan KSSR di SK Sri Suria 1.Bengkel penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian turut mengisi slot bengkel pada hari tersebut.Semoga warga SK Sri Suria 1, terutama guru-guru tahun 1 memberi komitment yang tidak berbelah bahagi bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan reformasi pendidikan melalui pengenalan kurikulum baru (KSSR).Pihak Pengurusan SK Suria 1 telah meletakkan guru-guru yang terbaik dan berpengalaman mengajar Tahun 1 sesi 2011.Syabas dan selamat berjaya.

PK HEM
SK Sri Suria 1

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP