Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Thursday, July 10, 2008

SURIA DI AKHBAR




2007/11/16 NST

UPSR round-up: Bleeding wound can't stop boy By : Syed Umar Ariff

Mohamad Rajisli,12, of SRK Seri Suria (1) sharing the joy of obtaining 4As with his father Rajisli Mohamad, 46, and mother Taharah Mustapha, 44. — NST picture by Syamsi Suhaimi.
TANAH MERAH: Mohamad Rajisli could have been one of the top scorers in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah in Kelantan if not for an accident on the second day of the examination.
Despite a nasty cut above his left eye which required medical treatment, he sat for the examination."The doctor had placed a bandage on the wound but it was still bleeding. "The teachers were surprised to see me with cuts and bruises walking into the hall."They were concerned that I would not be able to go through with the examination but I assured them I could.
"I had to wipe the blood constantly with a handkerchief while answering questions." Mohamad of SRK Seri Suria (1) scored four As and a B.Met at the results presentation ceremony at his school here yesterday, he said he could not answer the English paper well due to pain from the eye injury.His father, Rajisli Mohamad, 46, said he was shocked to learn that Mohamad had been involved in an
accident.


Nurul Izzati Zulkifle,12, of SRK Suria (1), Tanah Merah in Kelantan is very pleased with her results of 5As. — NST picture by Syamsi Suhaimi. "I thank God that my son did well in the examination although he did not score all As. I know he studied hard for it," said the fireman who is attached to the Tanah Merah fire and rescue department.School principal, Tengku Hamzah Ku Seman, said 106 of 230 UPSR candidates from the school scored five As."The number of those who scored five As has also increased. Last year, 70 out of 250 candidates scored all As." Although an official announcement had yet to be made, it is learnt that SRK Seri Suria (1) has emerged as Kelantan's best rural school in the UPSR examination.More than 30,000 sat for the examination in the state in September.

BERITA HARIAN 16/11/2007
Sekolah terbaik UPSR peringkat Kelantan tahun lalu, SK Suria Satu, Tanah Merah, pula terus cemerlang apabila peratus kelulusannya melonjak kepada 92.2 peratus berbanding 86.6 peratus pada 2006, selain pencapaian semua subjek melebihi 90 peratus.Guru Besarnya, Tengku Hamzah Ku Seman, berkata seramai 106 calon sekolah itu memperoleh 5A, peningkatan sangat memberangsangkan berbanding 70 tahun sebelumnya."Pencapaian ini melepasi sasaran kami 100 calon dapat 5A. Peningkatan berterusan sekolah ini dalam UPSR sejak tiga tahun lalu turut berpunca penganjuran Klinik UPSR."Pendekatan pembelajaran klinik ini bukan saja mudah diikuti, malah berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran calon," katanya.


BERITA HARIAN 16/11/2007
Di TANAH MERAH, SK Sri Suria I di sini muncul antara sekolah terbaik di Kelantan dalam UPSR dan 106 daripada 255 muridnya yang menduduki UPSR pada September lalu memperoleh keputusan 5A. Seramai 235 murid lulus dalam semua mata pelajaran dengan peratus kelulusan 92.2 peratus. Guru Besarnya, Tengku Hamzah Ku Seman, berkata pencapaian itu meningkat berbanding tahun lalu apabila hanya 70 murid daripada 255 calon memperoleh 5A.

SINAR HARIAN 19/11/2007
Tanah Merah- Anak Allahyarham Hanipa dapat 5ATANAH MERAH - Meskipun terpaksa melalui saat sukar ketika mengadakan persediaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, anak kedua bekas pemain bola sepak Kelantan, Allahyarham Hanipa Che Harun akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Nur Haziqah Hanipa, 12, mengakui, biarpun terpaksa menahan sebak kerana hanya dapat berjumpa ayahnya sekali seminggu kerana dirawat di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, tetapi dia terpaksa tabahkan hatinya itu.

Read more...

PENGIKTIRAFAN SEKOLAH

2009 - PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KPM

1. KUIZ KESIHATAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN (PENYERTAAN)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

2. ANUGERAH SEKOLAH PENGURUSAN KEWANGAN CEMERLANG KATEGORI SEKOLAH RENDAH (JOHAN)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

3. PENGURUSAN KEWANGAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH (JUARA)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

4. ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

5. CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR PRIMARY SCHOOL DISTRICT LEVEL (1st PRIZE)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2004

6. CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR PRIMARY SCHOOL STATE LEVEL (1st PRIZE)
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2004

7. KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PPD TANAH MERAH-JELI (BORIA: TEMPAT PERTAMA)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2004

8. KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI KELANTAN (BORIA: TEMPAT KE-3)
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2004

9. SIRKIT INTEGRASI TUNAS BOLA SEPAK F&N/MSSM BAWAH 10 TAHUN PERINGKAT PPD TANAH MERAH-JELI (TEMPAT KE-3)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2004

10. ANUGERAH JUARA PENGURUSAN KEWANGAN
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2005

11. JUARA KEWANGAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2005

12. KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PPD TANAH MERAH-JELI (BORIA: JOHAN)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2005

13. PERTANDINGAN KAWAT KAKI TKRS KATEGORI PEREMPUAN PERINGKAT PPD TANAH MERAH-JELI (PIALA IRINGAN/KE-3)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2005

14. KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PPD TANAH MERAH-JELI (DEKLAMASI SAJAK SR: JOHAN)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2005
15. KARNIVAL SENI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN (DEKLAMASI SAJAK SR: TEMPAT KE-2)
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN 2005

16. PERTANDINGAN KAWAT KAKI TKRS KATEGORI PEREMPUAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN (NAIB JOHAN)
JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2005

17. ANUGERAH JUARA UPSR 2005 – PENCAPAIAN TERTINGGI PERINGKAT NEGERI KELANTAN JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2005

18. ANUGERAH JUARA UPSR 2005 – PENCAPAIAN TERTINGGI PERINGKAT PPD TANAH MERAH-JELI PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH-JELI 2005

19. PENCAPAIAN PERATUS KECEMERLANGAN TERTINGGI 5A UPSR 2006 (TEMPAT KE-4 : 28%) JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2006

20. PENCAPAIAN BILANGAN TERTINGGI 5A SK UPSR 2006 (TEMPAT PERTAMA: 70 ORANG) JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2006

21. CENDERAMATA KENANGAN BENGKEL KECEMERLANGAN UPSR, PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK JAJAHAN TANAH MERAH PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK TANAH MERAH 2006

22. NATIONAL SPACE CHALLENGE (PENYERTAAN) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA & PUSAT SAINS NEGARA 2006

23. PIALA ‘NATIONAL ROBOTICS COMPETITION’ (ZONE COMPETITION: SILVER MEDAL) PUSAT SAINS NEGARA 2007

24. SIJIL PENGHARGAAN JOHAN SEKOLAH PENGURUSAN KEWANGAN CEMERLANG JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2004

25. SIJIL ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

26. SIJIL ANUGERAH JUARA PENGURUSAN KEWANGAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2004

27. SIJIL PENGHARGAAN KECEMERLANGAN UPSR PARLIMEN TANAH MERAH UMNO JAJAHAN TANAH MERAH 2005

28. SIJIL KECEMERLANGAN TERTINGGI 5A UPSR NEGERI KELANTAN (TEMPAT KE-4) JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2006

29. SIJIL ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2006

30. SIJIL PENCAPAIAN BILANGAN TERTINGGI 5A UPSR NEGERI KELANTAN (70 ORANG) JABATAN PELAJARAN KELANTAN 2006


























Read more...

JAWATANKUASA PIBG

JAWATANKUASA PIBG SK SRI SURIA (1) 2008/2009/2010

YANG DIPERTUA : DATO’ IR. SHAARI B. HJ HASSAN
NAIB YDP : EN. AHMAD B. ISMAIL
SETIAUSAHA : EN. NIK AHMAD FUAD B. NIK NAWI
BENDAHARI : PN. PARIDAH BT. GHANI
EX-OFFICIO : YM TN. HJ. TENGKU HAMZAH B. KU SEMAN

AHLI JAWATANKUASA;

YBhg. Dr. Wan Marzuki b. Wan Omar
En. Mohd. Yusof b. Ramli
Tn Hj Hanazan b Yaacob
En. Wan Zin b. Wan Ahmad
En. Zainuddin b. Mohd Ali
YBhg. Datin Hjh. Zaiton bt. Mohd Zain
En Syukri b Abdullah
Pn. Hjh. Che Kamariah bt. Mat Ali
Pn Hjh Wan Saudah bt Wan Mohammod
En Sahimi B Mohamad
En. Wan Hassan b. Wan Abu Bakar
En Wan Ibrahim b Wan Ali
Pn Hjh Suraiyah bt Mohamed
Pn Paridah bt Ab Ghani
En Mokhtar b Abu Hassan

Read more...

PENTADBIR SEKOLAH

HJ TENGKU HAMZAH BIN KU SEMAN
GURU BESAR

PN HJH WAN SAUDAH BT WAN MOHAMMOD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


EN SAHIMI BIN MOHAMED
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN NIK AHMAD FUAD BIN HJ NIK NAWI
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
PN WAN MASRIAH BT PUTEH

PK PETANG/PENYELIA PETANG

Read more...

PERANCANGAN TAHUNAN

1. MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN SEKOLAH (3X SETAHUN).
2. MESYUARAT GURU (IKUT KEPERLUAN).
3. MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU (TAHUN 1).
4. PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG (TAHUN 1)– JANUARI-MAC.
5. KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN.
6. PERKHEMAHAN AGUNG BADAN BERUNIFORM.
7. MINGGU KERJA PENGAKAP.
8. PROJEK ANAK ANGKAT (CALON UPSR).
9. IN-HOUSE TRAINING (GURU & STAFF)
10. KELAS TAMBAHAN CALON UPSR.
11. MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI SURIA (1) (MAC).
12. PROGRAM MOTIVASI & KEM KECEMERLANGAN UPSR.
13. PERJUMPAAN KHAS IBU BAPA/PENJAGA CALON UPSR.
14. LAWATAN MURID CALON UPSR.
15. PELANCARAN BULAN DISIPLIN & BUDAYA SEKOLAH.
16. PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS/KETUA DARJAH.
17. PEPERIKSAAN PERTOLONGAN CEMAS (PBSM).
18. UJIAN KECEKAPAN/SKIM LENCANA (PENGAKAP).
19. PROGRAM 3K.
20. PROJEK TAMAN SAINS.
21. ANUGERAH KANTIN BERBINTANG.
22. KARNIVAL BAHASA – BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS.
23. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN.
24. HARI USAHAWAN MUDA.
25. LAWATAN SAMBIL BELAJAR.
26. SOLAT HAJAT CALON UPSR.
27. HARI ANUGERAH CEMERLANG.
28. MAJLIS RESTU ILMU.
29. SIRIH PULANG KE GAGANG.
30. JAMUAN AKHIR TAHUN.
31. PERAYAAN HARI GURU.
32. PROGRAM NILAM.
33. GERAK GEMILANG MATEMATIK & SAINS.
34. LITERASI KOMPUTER TAHUN 1,2 ,3 & 4 (ICTL)

Read more...

PANDUAN GURU

CIRI-CIRI PEGAWAI BERKUALITI

1. Mempunyai penampilan diri dan perawakan yang ceria.
2. Berpengetahuan luas dan matang.
3. Boleh merancang sebarang program.
4. Sentiasa bersikap positif dan proaktif.
5. Mempunyai daya kreatif dan berinovasi.
6. Mempunyai keazaman yang tinggi terhadap kerjanya.
7. Mempunyai daya tahan yang kental.
8. Memiliki nilai kepimpinan yang jitu.
9. Sensitif dan peka kepada keadaan semasa.
10. Memiliki nilai-nilai murni dan berhemah tinggi.
11. Sentiasa memberi keutamaan kepada pelajar-pelajarnya.

PANDUAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

1. Sentiasa berusaha menjadikan bilik darjah menarik , selesa dan kemas.
2. Sentiasa berusaha mewujudkan budaya penyayang di kalangan para pelajar.
3. Berkeupayaan membuat kawalan yang baik dan menghindarkan suasana bising di bilik darjah.
4. Sentiasa mampu memberikan motivasi serta kesedaran kepada pelajar tentang pengurusan diri.
5. Buku kedatangan murid sentiasa di kemaskini ( up to date).
6. Jadual tugasan murid dipamerkan di bilik darjah.
7. Jadual waktu pembelajaran juga dipamerkan di bilik darjah.
8. Graf prestasi dan senarai pencapaian ujian bulan dipamerkan di bilik darjah.
9. Penggunaan alat bantu mengajar ( ABM ) yang maksimum dan penyimpanan yang sempurna.
10. Keceriaan diri murid sentiasa diberi perhatian.

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Menyempurnakan buku rekod mengajar dengan menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran tahunan, mingguan dan harian. Buku ini hendaklah sentiasa dikemaskini dan dihantar
setiap hari Khamis sebelum loceng pulang dibunyikan.
2. Sentiasa merancang gerak kerja murid dan kerja rumah.
3. Memeriksa buku-buku rampaian pelajar pada setiap masa.
4. Mengadakan ujian bulanan, penggal dan akhir tahun serta merekodkan markah pencapaian pelajar di
dalam buku rekod mengajar atau buku rekod kemajuan murid.
5. Menyediakan soalan-soalan ujian dan memeriksanya serta selaras dengan kehendak panitia mata
pelajaran.
6. Menyerahkan markah-markah ujian/peperiksaan kepada guru kelas berkenaan.
7. Membuat analisa keputusan ujian/peperiksaan bagi mata pelajarannya.
8. Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar-pelajarnya.
9. Menentukan gerak kerja bertulis diadakan pada setiap kali masuk mengajar sama ada di dalam kelas
atau di rumah.
10. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar-pelajar.
11. Mengadakan kelas-kelas bimbingan jika perlu.
12. Mengambil tahu atau tindakan perlu bila berlaku perubahan sukatan pelajaran.
13. Sentiasa berusaha menggunakan berbagai-bagai kaedah pengajaran yang baik untuk menarik minat
para pelajar.
14. Mengawasi dan memastikan keadaan bilik darjah bersih, teratur, semua alat bantu mengajar berada di
dalam kelas dan berkeadaan baik serta disiplin pelajar terkawal pada setiap masa.
15. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran apabila dipanggil oleh guru guru kanan mata pelajaran
berkenaan.
16. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau pihak sekolah.
17. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Bertindak sebagai ibubapa kepada para pelajar di dalam kelasnya dan sentiasa bertanggungjawab
terhadap:
1.1. Disiplin para pelajarnya sesuai dengan peraturan sekolah.
1.2. Cara berpakaian pelajarnya yang sentiasa kemas dan rapi.
1.3. Kebersihan dan kekemasan kelasnyaa.
1.4. Pelantikan Ketua Darjah dan Penolongnya serta Jadual Bertugas Harian pelajar dalam kelasnya.
2. Mesti mengetahui nama para pelajar di kelasnya, latar belakang keluarganya, masalah mereka
hadapi, kesihatan mereka dan maju mundur pelajarannya.
3. Bertanggungjawab memberi penerangan yang jelas mengenai undang-uindang dan peraturan sekolah
serta memastikan setiap pelajar mematuhinya.
4. Mengisi dan menanda Buku Kedatangan murid dengan betul dan segala butiran yang dikehendakinya
serta dikemaskini dari semasa kesemasa.
5. Mengisi butir-butir kemajuan akademik dan lain-lainnya ke dalam Buku Rekod Kemajuan pelajaran
dan juga senarai markah ujian / peperiksaan, kemudiannya diserahkan kepada Guru besar untuk
semakan dan pengesahan.
6. Mengisi Rekod Sulit Peribadi Murid / Pelajarnya sebagaimana yang dikehendaki.
7. Membahagi, menyusun dan mengumpul borang-borang dan buku SPBT menurut peraturan yang
ditentukan oleh Guru SPBT.
8. Melaksanakan pungutan wang bayaran persekolahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah,
mengeluarkan resit akuan terimaan kepada pelajar dan tandakan di dalam Buku Rekod Mengajar atau
Buku Kedatangan Murid untuk tujuan semakan.
9. Memberi kerjasama kepada semua guru terutama kepada guru pengawas / guru disiplin dan guru
bertugas mingguan.
10. Menentukan keadaan bilik darjah dan peralatannya sentiasa berkeadaan baik. Kerosakan yang
mungkin terjadi kerana kecuaian atau sengaja oleh pelajar akan diminta menggantinya.
11. Menyiapkan jadual waktu darjah dan mendapat pengesahan Guru Besar sebelum ditampalkan.
12. Memastikan akan sebab-sebab kenapa pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak diberitahu dengan lisan
atau bersurat.
13. Sentiasa menanam semangat kepimpinan, kesedaran sivik, berbudi bahasa, ingin belajar, bermotivasi,
kreativiti dan lain-lain yang berfaedah kepada para pelajar. Guru darjah juga adalah contoh dalam
mencerminkan keperibadian yang baik dan harus diteladani.
* Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Read more...

TERAS PERKHIDMATAN

TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerja dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama

Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Yang Berterusan Ke Arah
Memperkembangkan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Melahirkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Dari Segi Intelek, Rohani Dan Jasmani
Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.
Usaha Ini Adalah Bertujuan Untuk Melahirkan
Warganegara Malaysia
Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia,
Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta
Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran
Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

MISI JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

Menerima dan melaksanakan semua program Kementerian Pelajaran bagi merealisasikan Misi Kementerian Pelajaran iaitu mewujudkan sistem pelajaran yang terbaik untuk menghasilkan insan yang berketrampilan dan yang mempunyai daya aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Read more...

DOA KAMI


Doa Kami
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri
dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkanlah keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami
yang telah berjasa kepada kami.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kepadakami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat,
akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara
bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama,
bangsa dan negara.

Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang,
di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu.

Ya Allah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna,
sebagai amal. Amin.

Read more...

Wednesday, July 9, 2008

FALSAFAH, OBJEKTIF & MATLAMAT

FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu seluas-luasnya peluang akan diberi kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan intelek itu. Bahawasanya kami tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pelajaran yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah kami.


OBJEKTIF SEKOLAH

Merancang, menyusun dan melaksanakan program kearah Pendidikan yang berkualiti.
Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, khasnya dalam peperiksaan UPSR.
Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum.
Mewujudkan program-program yang boleh dianjurkan untuk peningkatan akademik dan sahsiah murid.
Meningkatkan kualiti disiplin murid supaya sentisa terkawal.
Membina iklim dan suasana keselamatan, indah dan ceria agar wujud persekitaran yang harmoni dan kondusif.
Menyokong proses P & P yang memberansangkan.
Meningkatkan kualiti profesionalisme guru-guru dalam semua aspek keguruan.
Meningkatkan kualiti pengurusan sekolah secara sistematik, kemas dan terkini.
Mewujudkan hubungan dua hala yang harmoni, saling bantu membantu dan penyayang.
Sentiasa menjaga hubungan mesra dan permuafakatan dengan komuniti persekitaran melalui program yang dianjurkan oleh PIBG.
Meningkatkan semangat jati diri, cinta Negara, rasa bersyukur, berterima kasih, proaktif dan kreatif melalui program-program kepimpinan dan kokurikulum.


MATLAMAT SEKOLAH

Menyediakan Pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai persediaan pendidikan bertaraf dunia.
Melahirkan kesejagatan kepimpinan pelajar cemerlang dan bersifat kamil.
Melahirkan pelajar-pelajar yang mantap, kejituan jati diri dan semangat patriotisme.
Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang harmoni, kondusif dan ceria.
Meningkatkan kualiti profesionalisme guru-guru dan sentiasa memberi peluang.
Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan, akademik dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang berorientasikan sains dan teknologi dan mahir ICT.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.
Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan yang mantap dengan komuniti.

DASAR KUALITI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) beriltizam merealisasikan Pengurusan Pendidikan yang berkualiti dan bersepadu di semua aspek pendidikan untuk memenuhi citarasa dan kehendak serta keperluan pelajar, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP