Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Saturday, January 23, 2010

KEM KEPIMPINAN & MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010

Kem Kepimpinan akan diadakan pada 29-30 Januari 2010 (Jumaat & Sabtu) di SK Sri Suria 1. Seramai 300 orang Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT dan Ketua Darjah serta Penolong Ketua Darjah akan terlibat dalam Kem Kepimpinan tersebut. Majlis Perasmian Penutup dan Majlis Pelantikan Pengawas akan diadakan pada 30 Januari 2010.


Sehubungan dengan itu, Pelancaran Buku Peraturan SK Sri Suria 1 bagi rujukan dan amalan seluruh warga sekolah akan dilancarkan dengan rasminya pada 31 Januari 2010 oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Tg. Hamzah b Ku Seman.


Read more...

Thursday, January 21, 2010

IBU PELAJAR TAMPAR GURU PULAK!

KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut. Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.
Source: Kosmo & Lagi Berita

Lidah Pengarang: inilah jadinya bila emosi menguasai akal....zaman kecil dulu masa sekolah lagi teruk arwah mak pukul kalau buat salah kat sekolah....zaman sekarang?

Read more...

Wednesday, January 20, 2010

NESTLE KOKO CRUNCH KE SKSS1

Hari ini, 20 Januari 2010, sebuah van Nestle telah datang ke sekolah kami dalam rangka promosi produk mereka iaitu Koko Crunch. Semua murid sesi pagi dan petang termasuk guru-guru telah diberi peluang untuk mencuba produk tersebut bersama susu Nestle. Terima kasih Nestle!

 




Read more...

Monday, January 18, 2010

MOTIVASI: RESIPI KEK USAHA KEJAYAAN

Resepi Kek Usaha Kejayaan


Bahan-bahannya;
250 gm Daya Usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran Akhlak Mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh Rasa Tanggungjawab
200 gm Senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

*** Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
Idea : RAYNER PETRUS

Catatan Pengarang: Buat semua anak didik, jadikanlah resipi kek ini sebagai panduan untuk anda semua mengorak langkah bersama iltizam jitu dalam mencapai visi dan misi anda ke arah menjana kegemilangan dalam UPSR yang bakal anda hadapi pada September 2010 nanti.

Di bawah ini dilampirkan puisi oleh Cikgu Tehr dari SK Geting untuk tatapan dan pedoman anak didik sekelian.

Pesan-Pesanan.

pesan umi
di sekolah nanti
selalu ikut kata guru
kerana di situ banyak ilmu

pesan abah
cakap ustaz jangan bantah
kerana ada jalan untuk kita
ke syurga bukan ke neraka

pesan nenek
pilih kawan yang baik
kerana senyum manis
hati tak terhiris

-tehr, 13.01.2001
http://skgeting.blogspot.com/

Read more...

BALASAN SEGERA JIKA DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya, “Barang siapa membuat ibu bapanya gembira, maka sesungguhnya ia membuat kegembiraan Allah. Barang siapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah.”


Dalam satu hadis lain , Nabi Muhammad juga bersabda, “Tidak ada perbezaan antara orang yang menyakiti dan menderhaka kepada ibu bapa dengan iblis di dalam neraka melainkan satu darjat. Dan tidak ada bezanya antara orang yang berbuat bakti kepada ibu bapa dengan manusia di dalam syurga melainkan satu darjat saja dan sama kedudukannya dengan para Nabi di dalam syurga.”

Sabdanya lagi, “ Ada tiga golongan yang akan menerima seksaan lebih azab berbanding golongan lain di neraka, iaitu orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang berzina dan orang yang menyekutukan Allah.” Empat golongan yang tidak dimasukkan Allah ke syurga dan tidak merasa nikmatnya syurga ialah peminum arak, pemakan riba, pemeras dan memakan harta anak yatim serta orang yang derhaka kepada ibu bapanya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang maksudnya, “ Semua dosa dilambatkan Allah hingga hari kiamat melainkan derhaka kepada ibu bapa, maka sesungguhnya Allah menyegerakan seksaan bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya.” Ini jelas menunjukkan dosa anak derhaka dipercepatkan Allah balasannya ketika di dunia lagi dengan menimpakan bala kepada mereka.

Anak yang tidak menghormati ibu bapa tidak akan aman hidupnya ketika di dunia dan menerima balasan lebih hebat di akhirat. Umat Islam harus sentiasa sedar bahawa tiada siapa dapat menyangkal bahawa ibu bapa adalah orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita. Ibu melahir dan mengasuh kita hingga ada ketikanya tidak mempedulikan kesenangannya demi keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan si anak. Manakala bapa pula mencari nafkah siang malam bagi melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, makan, pakaian dan menyekolahkan anak-anak.

Allah swt berpesan dalam Surah al-Israk ayat 23 dan 24 yang bermaksud,
“ Tuhanmu memerintahkan kamu jangan menyembah selain daripada Nya dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua jangan engkau mengeluarkan perkataan kasar, jangan pula engkau mengherdik, hendaklah engkau ucapkan perkataan yang mulia dan lemah-lembut kepada kedua-duanya.

Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepada kedua-duanya dan hendaklah engkau doakan : Hai Tuhanku, rahmatilah mereka sebagaimana kedua-duanya mendidik aku semasa kecil.” Firman Allah swt ini jelas menunjukkan wajibnya seseorang itu menghormati ibu bapa dan Allah juga menjanjikan dosa besar kepada mereka yang ingkar terhadap ibu bapa.
Petikan dari - Renungan, Gema Islam, Berita Minggu, Ahad 5 Sept 2004.

Read more...

Sunday, January 17, 2010

IKRAR PELAJAR SKSS1


IKRAR PELAJAR

Read more...

RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA

Read more...

PROGRAM LITERASI AL-QURAN j-QAF

Program Literasi al-Quran j-QAF telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2010 bermula pada jam 8.30 pagi untuk pelajar-pelajar Tahun 5.dan 6. Buat permulaan, program ini mensasarkan pelajar-pelajar dari kelas tahun 6 yang kurang kemahiran membaca al-Quran. Objektif program ini ialah untuk mempertingkatkan kemahiran dan mutu bacaan al-Quran pelajar-pelajar berkenaan. Program ini dikendalikan oleh guru-guru j-QAF SK Sri Suria (1) dengan diketuai oleh Ustaz Wan Ibrahim bin Wan Ali.








Read more...

BENGKEL PEMANTAPAN P&P SAINS (BHG. B)

Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains khususnya Bahagian B telah diadakan pada 16 Januari 2010 (Sabtu) bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SK Sri Suria (1). Bengkel ini telah dihadiri oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Ianya diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains di samping menuju visi utama iaitu untuk meningkatkan pencapaian anak didik khususnya dalam mata pelajaran Sains.












Read more...

Friday, January 15, 2010

PELAJAR TAMPAR GURU?

NIBONG TEBAL: “Jika saya tak mahu keluar, awak hendak buat apa?“. Itu jawapan biadab seorang pelajar tingkatan empat kepada guru sebuah sekolah menengah di sini, yang mengarahkan dia dan dua lagi rakannya keluar kelas.


Lebih mengejutkan lagi apabila pelajar berusia 16 tahun itu menampar pipi gurunya yang berusia 28 tahun itu.  Dalam kejadian 12.45 tengah hari Selasa lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas ketika itu guru wanita berkenaan sedang mengajar. Tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, tiga pelajar berkenaan membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila arahan berkenaan tidak diendahkan, guru berkenaan menampar pipi salah seorang pelajar terbabit sebelum dia membalasnya. “Malah, salah seorang pelajar kumpulan itu bertindak ganas apabila membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan tetapi dia berjaya mengelak.

“Melihatkan itu, seorang pelajar lagi menarik kedua-dua rakannya beredar keluar dari kelas itu sebelum guru berkenaan membuat aduan kepada pengetua yang mintanya membuat laporan polis,” katanya. Menurutnya, sehari selepas kejadian atau pada 13 Januari lalu, pelajar yang menampar guru berkenaan dibawa ahli keluarganya menyerah diri kepada polis dan bermalam di lokap selama sehari sebelum dia dijamin bapanya keesokannya.
Source: myMetro: 15 Januari 2010

* Lidah Pengarang: Inilah cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh insan yang bernama guru untuk mendisiplinkan anak didik. Namun kadang-kadang segala usaha ini tidak dinilai dan dihargai. Semoga para guru, ibu bapa dan anak-anak didik sekelian mengambil ikhtibar dari kisah yang dipaparkan di atas. Apa komen anda?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP