MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2009
Majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan pada 4 September 2009 (Ahad). Semua murid dan guru hadir ke sekolah pada sesi pagi berpakaian hari raya. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar. Kemudian Takbir Hari Raya dilaungkan dan disusuli oleh doa selamat oleh Us. Wan Ibrahim. Majlis diteruskan dengan jamuan kuih raya yang dibawa oleh murid dan guru.
Banyaknya kuih raya, tak tau mana nak ambil ni. Letak dalam bekas dululah, lepas tu karang baru makan.
Jamuan Hari Raya diadakan di Dewan Gemilang dihadiri oleh dif-dif jemputan, PPD, Ajk PIBG, guru-guru yang bertukar dan warga Suria 1.
Sir Audi sedang mengawal kesesakan lalu lintas di meja Tahun 2 yang berebut-rebut hendak menjamah kuih raya. Sabar mek...awe...sabarrrrr! Turut kelihatan bertudung merah ialah Teacher Ujie yang turut membantu menenangkan keadaan gawat.
Suasana di meja yang menghidangkan pelbagai kuih raya aneka fesyen dan citarasa untuk dinikmati bersama. Aduh, banyaknya pilihan.....Semperit jugak yang laku.
Saya nak kuih tu, cikgu....kata murid bertudung biru tu. Eh...saya bukan cikgu la, saya budak Tahun 6, kata si berbaju bunga tu...Aiiii....kuih di meja Tahun 6 dah habis ker?
Lihatlah pose istimewa saya nie, berbaju biru air laut. Alaa awak, janganla malu....Tak sporting la tutup muka. Kena H1N1 ker? Pi main jauh-jauh lah. Takuuut!
Jelitawan Tahun 6 sedang berposing sakan melaram baju raya yang terkini dengan tudung Ariani. Mahal nie, hak mak saya. Pinjam kejap je, hari ni je mak bagi pakai. Takut koyak nanti...
Lepas ni marilah sama-sama kita bertakbir sempena Hari Raya yang mulia. Sila betulkan suara anda, minum air sejuk dulu ke. Manalah tau, takut Ustaz Wan Hassan suruh kita pulak bertakbir...
Barisan guru-guru wanita melaram baju raya. Bila lagi nak tunjuk gaya kan? Inilah harinya. Gosok baju dekat sejam lepas subuh tadi biar berkilat dan lentik. Auwww....nanti ada pulak manik dan labuci yang tertanggal kang. Eh awak, baju saya ok ke? Awak punya cantik la, ada manik kat tangan. latest fashion nie...















0 Ulasan: Klik Di Sini Untuk Komen!:
Post a Comment