Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Wednesday, January 13, 2010

GURU DAN PELAJAR CELIK KOMPUTER MENINGKAT

KAJIAN dibuat British Commonwealth Group (BCG) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada 2008 menunjukkan kadar celik komputer di kalangan guru dan pelajar Malaysia adalah tinggi sejak bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan dalam sistem pendidikan.


Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia turut membawa peningkatan dalam keberkesanan dan kreativiti pembelajaran dan pengajaran serta keberkesanan pengurusan dan komunikasi di kalangan mereka yang terbabit.

"Ini adalah hasil inisiatif yang dilakukan dalam menangani cabaran ketika menerapkan ICT dalam sistem pendidikan pada 1997 dan Malaysia boleh berbangga kerana apa yang dilakukan itu memberikan impak yang positif," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada ucaptamanya di Forum Dunia Pembelajaran dan Teknologi yang diadakan di London County Hall di sini, semalam. Forum tiga hari itu dihadiri 75 Menteri Pelajaran dari seluruh dunia.


Muhyiddin berkata, antara inisiatif dilakukan adalah penggunaan layaran video pengajaran melalui laman web yang dimanfaatkan 9,331 sekolah melalui penyediaan rangkaian jalur lebar bagi merapatkan jurang digital sekolah luar bandar dan bandar.

Komitmen kerajaan mempertingkatkan ICT dalam sistem pendidikan menyaksikan 6,633 makmal komputer dibina di seluruh negara, selain 3,092 pusat akses sekolah yang menggunakan konsep kafe siber di kawasan luar bandar.

"Bagi menghadapi cabaran ICT dalam pembelajaran, tahap profesionalisme guru adalah kunci dan untuk itu kursus pembangunan yang berterusan untuk pengajar, pentadbir, pengetua dan guru akan diadakan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Britain mahu menjalin hubungan rapat dengan Malaysia dalam bidang pendidikan sebagai usaha meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Muhyiddin berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown ketika pertemuan mereka pada majlis pembukaan Forum Dunia Pembelajaran dan Teknologi di sini, kelmarin.
-dipetik dari Berita Harian Online, 13.1.2010.

0 Ulasan: Klik Di Sini Untuk Komen!:

Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP