Monday, March 29, 2010
Sunday, March 28, 2010
MESYUARAT PIBG SK SRI SURIA 1 SESI 2010
Mesyuarat PIBG telah diadakan pada Sabtu 27 Mac 2010 di Dewan Gemilang, SK Sri Suria 1 dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir Shaari bin Hj. Hassan, yang juga merupakan Yang diPertua PIBG.
PENCAPAIAN KOKURIKULUM SK SRI SURIA 1 2010
TAHNIAH DAN SYABAS!
Saturday, March 27, 2010
MAKLUMAN PAMERAN BUKU DI SURIA 1
Tarikh : 4 dan 5 April 2010
Tempat : Dataran Suria SK Sri Suria (1)
Masa : 8.00pagi - 4.00 petang
Thursday, March 25, 2010
SEKITAR PELANCARAN 'JOM KE SEKOLAH'
Wednesday, March 24, 2010
PROGRAM 'JOM KE SEKOLAH' SK SRI SURIA 1
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses prngajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Jesteru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala social yang lain seperti mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.
Read more...
Tuesday, March 23, 2010
MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2010
Monday, March 22, 2010
KEJOHANAN BOLA SEPAK TQE1
Sunday, March 21, 2010
WAKTU P&P BI & BM DITAMBAH MULAI 2011
Bagaimanapun beliau berkata, masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. "Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu, tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang. Di sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu. Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit. – Bernama
Source: Kosmo Online: 20 Mac 2010
SURIA 1 NAIB JOHAN SEPAKTAKRAW TQE1
Tuesday, March 16, 2010
AMALAN MENAMBAHKAN DAYA INGATAN PELAJAR
*Solat lima waktu.
*Membaca al-Quran.
*Bersugi (berus gigi).
*Membaca sambil mengadap kiblat dalam wuduk.
*Senyum dan tenangkan fikiran sebelum study / belajar.
*Pemakanan yang seimbang yang dimakan menjadi berkat dan menajamkan akal dengan izin Allah.
*Qiamullail antaranya:
1)solat hajat
2)solat tahajjud
3)solat taubat
4)solat istiqarah(minggu peperiksaan)
*Tinggalkan perbuatan maksiat dan bercakap kosong.
*Ulangkaji 2/3 malam dalam keadaan tidak mengantuk.
*Elakkan makanan berlebihan/minuman berkarbonat.
*Banyakkan makan kismis, anggur,madu dan kekacang.
*Doa kepada ibu bapa, doa untuk kejayaan diri.
*Amalkan – banyakkan mathurat, surah al-Waqiah, al-Alaq, Luqman, Yassin dan al-Insyirah
*Surah Thoha-25/28/20 kali selepas subuh.
*Surah an-Najim-58/41 kali.
*Surah an-Nur-35/7 kali (pagi)7 kali(petang).
*Surah al-Mulk-14/9kali sebelum tidur.
*Minta keredaan ibu bapa dan guru.
Catatan: Eloklah amalkan sentiasa agar mendapat berkahNya dalam menuntut ilmu dan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.
Friday, March 12, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU
Thursday, March 11, 2010
MOTIVASI: BAGAIMANA DISIPLINKAN DIRI?
1.Tahu apa sebenarnya yang anda inginkan.
2.Kenalpasti bagaimana dan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat.
3.Berjanji pada diri untuk memastikan kejayaan.
4.Sabar dengan segala ujian.
5.Bertekad untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh.
6.Menguruskan masa dengan bijak.
7.Sentiasa fokuskan minda anda pada pelajaran anda.
8.Sentiasa berfikiran positif dan yakin pada kebolehan diri sendiri.
9.Buang jauh- jauh fikiran dan sikap negatif.
10.Jangan mudah kecewa atau putus-asa.
11.Belajar daripada contoh-contoh kejayaan orang lain.
12.Bersedia menghadapi segala kesusahan.
13.Imbas kembali harapan tinggi orang yang kita sayangi (ayah dan ibu) untuk mengelakkan anda mengalah dengan dugaan.
14.Berkawan dengan orang yang juga tinggi disiplin.
15.Sentiasa mendapatkan sokongan ahli keluarga.
16.Sentiasa mengingati diri sendiri bahawa anda perlu mencapai impian.
17.Sentiasa ingat janji anda pada diri sendiri untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
18.Sentiasa menghormati diri kerana orang yang menghormati diri akan sentiasa patuh pada janjinya pada diri sendiri.
19.Jangan leka, lalai atau cuai semasa belajar dan membuat latihan.
20.Lakukan apa yang orang - orang yang berjaya sentiasa lakukan.
21.Berdoa dan memohon bantuan serta petunjuk daripada Allah s.w.t.
22.Istiqamah.
-Adaptasi dari Berita Harian 2003
Wednesday, March 10, 2010
PICS MAJLIS MAULIDUR RASUL SKSS1
Tuesday, March 9, 2010
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
Nasyid : Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allah hum massali ala Muhammad
Ya Rabbi salim alaihi wa sallim
Allah hum massali ala Muhammad
Ya Rabbi salim alaihi wa sallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Umatti! Umatti!
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Allah hum massali ala Muhammad
Ya Rabbi salim alaihi wa sallim
Allah hum massali ala Muhammad
Ya Rabbi salim alaihi wa sallim.