65 CALON MENCAPAI 5A DALAM UPSR 2010
Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. “Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini.
“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang,” katanya.
Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan. Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit. Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.
0 Ulasan: Klik Di Sini Untuk Komen!:
Post a Comment