Antaramuka baru

Portal Suria dalam pembikinan semula akibat kehilangan resos grafik semasa kemaskini oleh google.. sila gunakan srisuriaone.blogspot.com untuk sementara.

Wednesday, April 28, 2010

GURU BAHASA INGGERIS DI IPG

TANAH MERAH 26 April - Sekumpulan 360 orang guru Bahasa Inggeris dari England akan diambil dan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara Jun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, guru berkelulusan sarjana itu akan berada di semua IPG terbabit selama tiga tahun bagi mengajar bahasa berkenaan kepada guru-guru pelatih.

''Mereka akan menggunakan modul khas bersifat interaktif melibatkan pembacaan, penulisan dan kemahiran.

"Kita mahukan guru-guru mempelajari Bahasa Inggeris daripada 'penutur jati' iaitu mereka yang sememangnya menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 peringkat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang. Seramai 791 pelajar menerima anugerah masing-masing pada majlis itu.

Mohd. Puad berkata, usaha membawa guru berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan tentang kepentingan untuk memartabatkan bahasa itu di kalangan pelajar.

Menurutnya, ini kerana para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai corak pembelajaran Bahasa Inggeris bagi melengkapkan mereka dengan cabaran kerjaya masa depan.Namun begitu tambahnya, kerajaan sama sekali tidak mengetepikan usaha untuk mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Source: Utusan Malaysia Online: 27 April 2010

0 Ulasan: Klik Di Sini Untuk Komen!:

Related Posts with Thumbnails

JADIKAN IDOLA ANDA!

JADIKAN IDOLA ANDA!
Hobi saya ialah membaca dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik. - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, mencatat keputusan cemerlang 20A dalam SPM.

Search This Blog

BERITA HARI INI

RADIO & TV

ALUMNI SKSS1

ALUMNI SKSS1

STRIVE FOR EXCELLENCE

STRIVE FOR EXCELLENCE

WADAH BICARA

PENGUNJUNG

widgeo.net
*Since July 2008. Thank You to All Visitors.

KOMUNITI

DISCLAIMER-SK Sri Suria (1) and the administrator of this blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.

  © SK Sri Suria (1) The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008 *Best viewed with Firefox, Chrome and Opera*

Back to TOP